Perkongsian Jumaat: Sedekah!!!

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Ada seorang laki-laki berkata: 'Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah.' 

Maka laki-laki itu pun keluar membawa sedekahnya, dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esokharinya, orang-orang pun mengatakan bahawa tadi malam ada pelacur yang diberi sedekah. Maka laki-laki itu berdoa: 'Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan

bersedekah lagi.' 

Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya, lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orang-orang pun membicarakannya bahawa tadi malam ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya. Maka laki-laki itu pun berkata: 'Ya Allah, Untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya, aku akan bersedekah lagi.'

Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya, orang-orang pun membicarakannya, bahawa tadi malam ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Laki-laki yang bersedekah itu pun berujar: 'Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri.'

Kemudian laki-laki itu didatangi malaikat seraya berkata: 'Sedekahmu telah diterima oleh Allah. Ada pun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti dari perbuatan melacur, yang jatuh kepada orang kaya semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula, sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri.'"


(Sahih Bukhari, no. 1332, Sahih Muslim, no. 1698, Musnad Ahmad, no. 7933, no. 8247
Hayati lagu nie... mesej yg bermanfaat untuk kiter semua



Comments

Popular posts from this blog

APA ITU FIQH AULAWIYAT...

ISTIQAMAH kunci dalam Berdakwah

Tujuh Golongan yang Mendapat Naungan Allah pada Hari Kiamat